Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor View 10 Dijangka Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2099

Honor View 10 atau V10 merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi daripada Honor dan telah diumumkan sebelum ini yang mana ia akan dipasarkan bermula 15 Januari 2018 kelak. Harga jualannya tidak diumumkan sehingga kini, tetapi melalui info yang tertiris pada hari ini, ia dikatakan berkemungkinan dijual pada harga RM2099.

Honor V10 RM2099

Honor View 10 membawakan skrin bersaiz 5.99-inci, dilengkapi rekaan skrin nisbah 18:9, dan menggunakan cip pemprosesan berkuasa tinggi seperti Mate 10, iaitu Kirin 970. Ia menawarkan memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan sehingga 128GB, dan bateri berkapasiti 3750mAh.

Melengkapkan telefon pintar ini adlah kamera hadapan 13-megapixel untuk selfie, dan dwi-kamera belakang 20-megapixel dan 16-megapixel.

Menurut info tertiris yang hadir melalui ZingGadget, ia dikatakan Honor View 10 akan ditawarkan pada harga RM2099 – dan pra-tempahan dijangka dibuka mulai 8 Januari 2017 kelak. Beberapa ganjaran turut disediakan untuk mereka yang membuat pra-tempahan untuk peranti berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Honor untuk penawaran telefon pintar ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor View 10 Dijangka Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2099"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info