Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mengambil Alih Redux Yang Menghasilkan Pembesar Suara Terbina Pada Skrin

Rekaan skrin nirbingkai memang menarik tetapi menyebabkan pembesar suara stereo yang dihalakan ke hadapan tidak dapat lagi digunakan dengan mudah. Pixel 2 XL ialah satu-satunya peranti dengan skrin 18:9 dengan sistem ini tetapi akibatnya ia mempunyai bahagian dagu serta dahi yang lebih besar jika dibandingkan dengan Galaxy S8.

Google mungkin akan akhirnya menghasilkan peranti nirbingkai sebenar dengan pembesar suara stereo hadapan dalam masa terdekat. Menurut laporan Bloomberg, Google telah mengambil alih firma Redux. Syarikat ini menghasilkan sistem audio terbina pada skrin.

Dengan penggunaan teknologi ini, kekisi pembesar suara tidak perlu diletakkan di hadapan peranti sekaligus membolehkan rekaan nirbingkai sebenar. Pada waktu yang sama sistem ini turut memberikan timbal balas haptik yang baik seakan 3D Touch.

Sumber Bloomberg menerusi The Verge



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mengambil Alih Redux Yang Menghasilkan Pembesar Suara Terbina Pada Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info