Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Cloud AutoML Dilancarkan – Bangunkan Kecerdasan Buatan Tanpa Memerlukan Pengaturcaraan

Arena kecerdasan buatan kini dilihat menerima minat dari pelbagai industri, dari perubatan, perbankan, insurans dan pelbagai lagi. Salah satu komponen terpenting dalam membangunkan kecerdasan buatan adalah pembelajaran mesin (Machine Learning) dan bagi memudahkan proses ini, Google mengumumkan Cloud AutoML.

Pembelajaran mesin merupakan satu proses dimana kecerdasan buatan tersebut mempelajari sesuatu perkara. Seperti contoh, jika kecerdasan buatan tersebut adalah berkenaan cuaca, ia perlu mengetahui corak bentuk awan tersebut. Dan mesin perlu belajar untuk mengenal pasti awan tersebut, berdasarkan imej yang diberikan. Hasil pembelajaran ini dipanggil model dan model ini yang akan membantu kecerdasan buatan tersebut melakukan analisis.

Google Cloud AutoML dilancarkan bagi memudahkan proses pembelajaran mesin. Pengguna yang tidak mempunyai pengalaman dalam melakukan pengaturcaraan boleh menggunakannya, dimana kumpulan data yang dimiliki boleh dimuat-naik, dan Cloud AutoML akan menjana kecerdasan buatan tersebut, bergantung kepada tetapan pengguna.

Dan pada hari ini Google Cloud AutoML Vision dilancarkan pada versi Alpha. Vision merupakan salah satu komponen pada perkhidmatan Google Cloud yang berkait dengan pengecaman gambar, dimana perkhidmatan ini boleh menjana kecerdasan buatan berdasarkan gambar.

Menggunkanannya, pengguna hanya perlu memuatnaik gambar yang ingin diklasifikasikan dan menariknya, ia tidak memakan masa lama dan model tersebut dijangka akan habis dipelajari dalam masa sehari.

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada mereka yang telahpun mendaftar pada perkhidmatan Google Cloud Platform secara percuma untuk tempoh percubaan.

Cuba: Google Cloud AutoML Vision



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Cloud AutoML Dilancarkan – Bangunkan Kecerdasan Buatan Tanpa Memerlukan Pengaturcaraan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info