Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alcatel Menamatkan Siri Idol Dan Menjenamakan Semula Peranti Di Bawah Siri 5, 3 Dan 1

Alcatel telah lama menggunakan jenama Idol dalam penjualan telefon-telefon pintar keluaran mereka. Sempena tahun baru 2018, TCL telah mengumumkan penjenamaan serta hala tuju baru jenama Alcatel di CES 2018.

Di bawah penjenamaan semula ini, siri Idol akan dihentikan pengeluarannya. Peranti Alcatel kini akan dijual di bawah nama baru siri 5, 3 dan 1. Siri 5 ialah peranti dengan spesifikasi terbaik diikuti oleh 3 dan 1. Pada siri 5 skrin 18:9, kemampuan kamera yang baik, imbasan wajah dan saiz bateri yang besar.

Siri 3 ialah peranti kelas pertengahan yang turut menggunakan skrin 18:9, dwi kamera, rekaan menarik tetapi pada harga yang mampu milik. Akhir sekali ialah siri 1 yang merupakan peranti kelas permulaan tetapi masih akan menawarkan skrin 18:9 serta fungsi imbasan wajah. Tiga peranti yang diperlihatkan hari ini ialah sebahagian kecil yang akan dilancarkan tahun ini. Lebih banyak peranti baru akan diumumkan di MWC bulan hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alcatel Menamatkan Siri Idol Dan Menjenamakan Semula Peranti Di Bawah Siri 5, 3 Dan 1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info