Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Memiliki Peranti DTTV Dan IPTV Tanpa Label MCMC Boleh Didenda Sehingga RM100,000

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah mengeluarkan notis, menasihatkan pengguna supaya tidak memiliki mana-mana peranti televisyen digital (DTTV) dan protokol Internet (IPTV) yang tidak mempunyai label MCMC.

Memiliki atau menjual peranti seumpamanya tanpa label MCMC adalah suatu kesalahan, dan pemilik boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tidak lebih 6 bulan, atau kedua-duanya.

Seperti ramai sedia maklum, peranti seumpamanya ditawarkan secara meluas melalui arena internet, dan langkah ini dilakukan oleh SKMM supaya hanya peranti yang dibenarkan sahaja digunakan oleh pengguna Malaysia.

Bagi anda yang berhasrat membeli atau mendapatkan peranti DTTV atau IPTV, dinasihatkan supaya menyemak ia terlebih dahulu sebelum membelinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Memiliki Peranti DTTV Dan IPTV Tanpa Label MCMC Boleh Didenda Sehingga RM100,000"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info