Eric Schmidt merupakan satu nama yang cukup penting sekali di arena teknologi moden. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif syarikat Alphabet, sebuah syarikat konglomerat yang memiliki syarikat-syarikat teknologi yang besar seperti Google, Waymo, Boston Dynamics dan sebagainya,
After ten years as CEO and seven as Executive Chairman, I can’t wait to dive into the latest in science, technology, and philanthropy. I look forward to working with Larry and Sergey on our future here at Alphabet. https://t.co/nVnZqMEHoI
— Eric Schmidt (@ericschmidt) December 21, 2017
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Alphabet, walaupun Eric Schmidt meletakkan jawatan sebagai pengurus eksekutif, beliau masih akan berada di Alphabet sebagai penasihat teknikal, dan akan mengambil peranan yang lebih aktif lagi di arena teknologi baru dan kedermawanan untuk kebaikan sejagat.
Buat masa ini, Alphabet masih belum mengeluarkan kata putus mengenai siapa yang akan mengambil alih jawatan yang dikosongkan oleh Eric Schmidt, tetapi terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa mereka akan melantik seorang pengerusi bukan eksekutif tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Eric Schmidt Meletak Jawatan Sebagai Pengerusi Eksekutif Alphabet – Bakal Mengambil Peranan Sebagai Penasihat Teknikal"