Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 5T Tidak Dilengkapi Kamera Dengan Zoom Optikal

Terdapat beberapa sistem dwi-kamera yang digunakan pada peranti pintar di pasaran. Sistem paling mahal ialah yang menggabungkan lensa sudut lebar dengan lensa telefoto untuk sistem zoom optikal. OnePlus 5 ialah antara peranti di pasaran dengan sistem zoom optikal. Agak mengejutkan OnePlus 5T nampaknya tidak lagi menyokong sistem zoom optikal ini.

Laporan ujian kamera awal laman Heise Online mendapati sebaliknya kamera sekunder OnePlus 5T digunakan untuk mengambil gambar dalam situasi pencahayaan yang kurang baik. Apabila peranti mengesan keadaan gelap, kamera kedua dengan sensor 20-Megapixel f/1,7 akan digunakan untuk mengambil gambar. Hasilnya ialah kualiti gambar dalam situasi gelap yang lebih baik pada 5T berbanding 5. Adakah ketiadaan sistem zoom optikal menyebabkan anda tawar hati untuk memiliki OnePlus 5T?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 5T Tidak Dilengkapi Kamera Dengan Zoom Optikal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info