Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Edge Kini Boleh Dimuat-Turun Semua Pengguna Android Dan iOS

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan pelayar web mudah-alih Microsoft Edge untuk pengguna peranti Android dan juga iOS. Walaubagaimanapun, ketika pengenalan, ia ditawarkan dalam bentuk “pralihat”, dan hanya segelintir kecil pengguna sahaja ditawarkan muat-turun untuknya.

Hari ini, perkara tersebut berubah, dan pihak Microsoft telah mula menawarkan pelayar web Microsoft Edge mereka untuk semua pengguna iOS dan Android seluruh dunia.

Microsoft Edge

Melalui pelayar web mudah-alih ini, Microsoft ingin menawarkan pengalaman pelayaran yang selari untuk pengguna seperti mana mereka menggunakan Edge di Windows 10. Disamping itu, anda juga kini boleh sync kata laluan di telefon pintar dan PC dengan mudah. Pelayar web ini juga menawarkan tema berwarna gelap untuk memberikan keselesaan anda menggunakannya ketika persekitaran gelap.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Microsoft Edge ini untuk Android dan iOS hari ini.

Muat-Turun Microsoft Edge untuk Android

Muat-Turun Microsoft Edge untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Edge Kini Boleh Dimuat-Turun Semua Pengguna Android Dan iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info