Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dbrand Grip Dilancarkan – Kerangka Tahan Lasak Dan Tergelincir

Jika anda gemar menonton video ulasan peranti di YouTube, anda pasti menyedari hampir kesemua personaliti laman penstriman ini akan melakukan promosi untuk dbrand. Sejak 2011 dbrand telah menghasilkan “kulit” untuk peranti bagi mereka yang mahukan rekaan yang lebih tersendiri.

Mereka kini telah mula menghasilkan kerangka untuk peranti. dbrand Grip ialah kerangka yang bukan sahaja tahan lasak tetapi turut tahan tergelincir. Dengan dua kombinasi ini, dbrand menjanjikan kerangka yang akan memastikan pengguna tidak perlu risau peranti mereka akan mengalami kerosakan apabila terjatuh.

Kerangka Grip mempunyai bingkai yang diperbuat daripada komposit karbon. Teknologi D3O pula menyerap hentakan sekiranya peranti terjatuh. Bagi yang masih mahu menggunakan kulit dbrand,kulit yang sama boleh digunakan pada Grip.

Buat masa ini Grip hanya menyokong hampir kesemua model iPhone, peranti utama Samsung, Pixel, Nexus dan OnePlus dengan perancangan menambah lebih banyak model. Mereka mengumpul dana menerusi Indiegogo dan boleh dipesan pada harga bermula $30 (~RM 127) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dbrand Grip Dilancarkan – Kerangka Tahan Lasak Dan Tergelincir"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info