Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Strategi Memfokuskan Perkomputeran Awan Akan Diperkenalkan Dalam Agenda Nasional

Pada hari ini, pelbagai syarikat bergantung kepada perkomputeran awan untuk menguruskan pelbagai perkara. Selari dengannya, kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang mana strategi memfokuskan perkomputeran awan, atau dipanggil “Cloud First” bakal diperkenalkan dalam agenda nasional.

Transformasi digital ini akan bermula daripada sektor awam terlebih dahulu, dan dijangka akan menjadikan sektor awam lebih inovatif tanpa perbelanjaan modal yang tinggi.

Buat masa ini, info penuh mengenai strategi memfokuskan perkomputeran awan ini masih belum diketahui. Mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Selain daripada strategi memfokuskan kecerdasan buatan ini, kerajaan juga bakal membangunkan rangka kerja khusus untuk kecerdasan buatan nasional tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Strategi Memfokuskan Perkomputeran Awan Akan Diperkenalkan Dalam Agenda Nasional"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info