Apabila bercakap tentang mod PC, selalunya kita akan melihat pengubahsuaian dari segi rangka luaran PC dan juga dari segi teknologi penyejukan yang akan digunakan di dalam komputer tersebut.
Seorang penggemar pengubahsuaian PC dari Jepun, N’s membina sebuah PC yang diubahsuai untuk menunjukkan idola maya Hatsune Miku yang seakan-akan menari di dalam rangka komputer tersebut, seakan-akan ia menggunakan teknologi hologram.
もう隠すことないので、発表じゃぁあーー!! http://pic.twitter.com/XX3KGEijLB
— N’s(野口です!) (@nissyan_daze) October 14, 2017
N’s mengubahsuai panel tepi komputer tersebut dengan menukarkan panel tersebut menjadi panel LCD, dan membuatkannya “lutsinar” dengan menggunakan teknik ilusi optikal dengan menggabungkan lakaran dalaman komputer tersebut dengan model 3D Hatsune Miku untuk membuatkan idola maya tersebut kelihatan seperti ia sedang betul-betul menari di dalam rangka komputer.
Apa yang lebih menarik disini ialah bagaimana Hatsune Miku dilihat menari selari dengan lagu yang sedang dimainkan bersama-sama dengan equalizer bunyi yang tertera di bahagian tepi rangka tersebut.
フリー枠完成! http://pic.twitter.com/4lewtihOHK
— N’s(野口です!) (@nissyan_daze) October 14, 2017
Komputer N’s kini sedang dipamerkan di pelbagai kedai PC di sekitar negara Jepun, dan jika anda berminat untuk melihat proses ubahsuai komputer tersebut, beliau ada berkicau mengenainya di Twitter.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pembina Komputer Dari Jepun Hadir Dengan Mod PC “Hologram” Hatsune Miku"