Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei MediaPad M3 Lite Kini Hadir Ke Malaysia Pada Harga RM999

Pelbagai pengeluar peranti Android dilihat semakin kurang memasarkan produk tablet mereka dari hari ke hari. Tetapi, tidak bagi Huawei. Terkini, hari ini, Huawei Malaysia mengumumkan ketibaan dan penawaran tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MediaPad M3 Lite.

Huawei MediaPad M3 Lite

Huawei MediaPad M3 Lite menggunakan skrin bersaiz 8-inci dengan paparan resolusi 1920×1200 pixel, dilengkapi memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 4800mAh, kamera hadapan dan belakang 8-megapixel, serta sokongan dwi-speaker Harman Kardon.

Huawei mengatakan tablet ini menawarkan masa memainkan muzik sehingga 40 jam, selain masa memainkan video sehingga 9 jam. Dengan skrin besar, ia memfokuskan kepada mereka yang ingin menikmati kandungan melaluinya, termasuk melayari web, menonton video dan sebagainya.

Huawei MediaPad M3 Lite turut hadir dengan EMUI 5.1, yang menyertakan sokongan seperti Split Screen yang membolehkan anda menggunakan dua aplikasi pada waktu sama dengan membahagikan skrin, dan juga Twin App yang membolehkan anda menggunakan aplikasi sama dengan dua akaun berbeza.

Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan Huawei MediaPad M3 Lite ini dalam pilihan warna emas dan kelabu pada harga RM999.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei MediaPad M3 Lite Kini Hadir Ke Malaysia Pada Harga RM999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info