Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura-) iPhone 8 Tidak Dilengkapi TouchID Dan Bergantung Kepada Sistem Imbasan Wajah

Kejap ada kejap tak ada. Kami bukan bercakap mengenai biskut Chipsmore tetapi sistem imbasan cap jari TouchID pada iPhone 8. Laporan dari Wall Street Journal mengatakan, mereka menerima maklumat dari sumber dalaman bahawa TouchID tidak akan disertakan pada iPhone 8. Bagi menggantikannya, sistem imbasan wajah akan digunakan sebagai ganti.

iPhone 8Sekiranya ini benar, ia pasti mengejutkan kerana TouchID ialah sistem keselamatan biometrik yang digunakan secara meluruh pada iPhone sejak model 5S, Kesukaran mengintegrasikan pengimbas cap jari terbina pada skrin dikatakan memaksa Apple untuk tidak menyertakan TouchID pada model terkini.

Selain ketiadaan TouchID, mereka yang berminat dengan iPhone 8 perlu menanti lebih lama untuk mendapatkannya. Masalah menggunakan skrin OLED yang berteknologi baru serta kekurangan panel menyebabkan iPhone 8 mungkin dijual lebih lambat berbanding iPhone 7S dan 7S Plus. Ketiga-tiga peranti akan dilancarkan pada 12 September ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura-) iPhone 8 Tidak Dilengkapi TouchID Dan Bergantung Kepada Sistem Imbasan Wajah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info