Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Toshiba Mungkin Akan Menjual Bahagian Pembuatan Memori Untuk $18.3 Bilion

SK Hynix sebelum ini dikatakan berminat untuk membeli bisnes memori Toshiba, tetapi kini nampaknya syarikat pembuat cip dari Korea tersebut berhadapan dengan cabaran dari beberapa syarikat lain. khususnya dari sebuah konsortium yang dikepalai oleh Western Digital.

Menurut sebuah laporan oleh  Nikkan Kogyo, sebuah laman berita dari Jepun, badan pengarah Toshiba dikatakan bakal berbincang mengenai bidaan oleh konsortium tersebut, yang dikatakan mencecah sehingga $18.3 bilion.

Selain daripada SK Hynix dan konsortium tersebut, Toshiba juga sedang meneliti tawaran daripada syarikat-syarikat seperti Bain Capital dan juga Foxconn.

Butiran tentang penjualan bisnes memori tersebut masih belum dikenalpasti lagi, tetapi besar kemungkinan bahagian yang dijual ialah bahagian cip flash, yang digunakan sebagai storan untuk SSD.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Toshiba Mungkin Akan Menjual Bahagian Pembuatan Memori Untuk $18.3 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info