Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TM : Sekitar 200 Pelanggan UniFi Terkesan Dengan Kerentanan Sekuriti Router D-Link

Pada awal minggu ini, pengkaji sekuriti telah meperlihatkan masalah sekuriti yang terdapat pada penghala (router) keluaran D-Link, iaitu DLink DIR-850L – yang mana turut digunakan secara meluas oleh para pengguna tempatan, termasuk pelanggan TM dan juga TIME.

Berkongsi lanjut mengenainya, kini Telekom Malaysia mengatakan yang mana sekitar 200 pelanggan UniFi sahaja yang terkesan dengan kerentanan sekuriti penghala berkenaan buat masa ini.

Buat masa ini, kemaskini perisian khusus untuk pelanggan Telekom Malaysia sedang dibangunkan. Melalui kenyataan yang diberikan oleh TM kepada Amanz sebelum ini, ia dikatakan mungkin mengambil masa sehingga 2 minggu untuk menawarkan kemaskini firmware khusus untuk pelanggan TM.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang menggunakan D-Link DIR 850L, anda boleh melakukan beberapa langkah berikut dalam memastikan yang mana anda telah sedia menutup fungsi Remote Management pada penghala anda hari ini.

TM DLink Router

TM DLink Router

TM DLink Router



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TM : Sekitar 200 Pelanggan UniFi Terkesan Dengan Kerentanan Sekuriti Router D-Link"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info