Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rasmi : Nokia 8 Dengan Dwi-Kamera Zeiss Dan Cip Snapdragon 835 Berharga RM2299

HMD Global hari ini telah melancarkan secara rasmi telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 8. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon pintar flagship berjenama Nokia, dan menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik.

Nokia 8 hadir dengan skrin bersaiz 5.3-inci dengan paparan Quad HD, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.

Nokia 8

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan dwi-kamera dengan lensa Zeiss. Ia mengabungkan sensor 13-megapixel dan turut dilengkapi sokongan penstriman langsung menggunakan kamera hadapan dan belakang pada waktu sama dinamakan Bothie. Untuk tujuan selfie, ia turut menggunakan sensor 13-megapixel.

Di Malaysia, Nokia 8 ini telah mula dijual pada harga RM2299, dan boleh didapati daripada para pengedar peranti Nokia seluruh negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rasmi : Nokia 8 Dengan Dwi-Kamera Zeiss Dan Cip Snapdragon 835 Berharga RM2299"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info