Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengecas Tanpa Wayar Apple AirPower Tidak Menyokong Apple Watch Series 1

Pengecas tanpa wayar Apple AirPower diperlihatkan ketika acara pelancaran iPhone beberapa minggu yang lalu. Dengan AirPower, iPhone, Apple Watch dan AirPods boleh dicas serentak dengan hanya meletakkannya di atas permukaan AirPower. Bagi pemilik Apple Watch yang ingin memiliki AirPower, ada sedikit maklumat yang perlu dikongsi pagi ini.

Hanya Apple Watch Series 3 boleh dicas secara tanpa wayar menggunakan AirPower menurut laman rasmi Apple. Ini adalah kerana format pengecasan Qi yang mula disokong oleh Apple Watch Series 3. Jam tangan pintar Apple Watch versi asal menggunakan teknologi pengecasan yang berbeza. Apple AirPower akan dijual bermula tahun hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengecas Tanpa Wayar Apple AirPower Tidak Menyokong Apple Watch Series 1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info