Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemain Web Spotify Kini Tidak Lagi Menyokong Pelayar Web Safari

Safari merupakan pelayar web rasmi yang ditawarkan Apple untuk komputer dan juga peranti mudah-alih mereka. Terkini, Spotify dilihat telah mengemaskini penawaran mereka untuk pemain web bagi perkhidmatan muzik mereka, dimana kini Spotify tidak lagi menyokong pelayar web Safari.

Melalui halaman sokongan, Spotify kini hanya menyenaraikan pelayar web Chrome, Firefox, Edge dan juga Opera sahaja. Pelayar web Safari tidak lagi disenaraikan – membuatkan pengguna macOS perlu menggunakan aplikasi desktop yagn ditawarkan, atau mengaksesnya melalui penawaran pelayar web alternatif seperti Chrome, atau Firefox.

Menurut beberapa perbincangan di web, ia dikatakan Spotify tidak menyokong Safari kerana perkhidmatan penstriman muzik berkenaan menggunakan pemalam Widevine daripada Google yang dilabelkan oleh Apple sebagai kurang selamat.

Bagi anda yang menggunakan Spotify pada macOS, adakah anda mengaksesnya melaui pelayar web atau melalui aplikasi desktopnya? Adakah perubahan ini memberikan kesan kepada anda?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemain Web Spotify Kini Tidak Lagi Menyokong Pelayar Web Safari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info