Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lesen Operasi Uber Ditarik Di Kota London Atas Sebab Keselamatan

Lesen operasi perkhidmatan perkongsian kereta Uber telah ditarik di Kota London. Ini menyebabkan masa depan lebih 40,000 pemandu Uber di ibu negara England ini terjejas. Transport for London yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen operasi mengatakan Uber gagal menunjukkan ia tidak layak beroperasi kerana tidak mampu menjamin keselamatan pengguna.

UberX KLAntara kesalahan yang dilakukan ialah kegagalan saringan pemandu yang mereka dengan latar belakang yang tidak diselidik dengan sempurna. Pada waktu yang sama Uber dipersalahkan ke atas masalah kesesakan lalu lintas di London. Pihak Uber telah mengeluarkan kenyataan akan melakukan rayuan ke atas penarikan lesen mereka. Mereka kesal Tranport for London dikatakan tunduk kepada tekanan dari beberapa pihak tertentu yang memandang Uber sebagai pesaing kepada perkhidmatan teksi.

Dengan penarikan lesen, aplikasi Uber mungkin akan diharamkan di London. Selain London, Uber turut beroperasi di 39 bandar lain di seluruh United Kingdom. Seperti di Malaysia, kewujudan Uber menerima tentangan hebat dari pemandu teksi tradisional terutamanya dari pemandu Black Cab.

Seorang pemandu Black Cab perlu menghafal kesemua laluan di London sebelum dibenarkan memohon lesen. Proses ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun. Tindakan membenarkan sebarang pemilik kenderaan beroperasi dilihat sebagai tidak adil kepada pemandu Black Cab yang harus mempunyai GPS tersimpan di dalam kepala.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lesen Operasi Uber Ditarik Di Kota London Atas Sebab Keselamatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info