Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Laptop ASUS Zephyrus Kini Boleh Dipra-tempah – Akan Hadir Pada Hujung Bulan September

Di acara pengumuman pertandingan e-sukan ROG Masters International 2017, ASUS Malaysia juga telah mengumumkan kehadiran laptop gaming tirus dan berkuasa mereka, ASUS ROG Zephyrus GX501 untuk pasaran Malaysia.

Beberapa hari lalu, kami telahpun melaporkan bahawa laptop tersebut, yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7-7700HQ dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 MaxQ tersebut akan dijual pada harga RM15,999, dan pihak ASUS Malaysia telah mengesahkan bahawa ia akan dijual pada harga tersebut.

Menariknya, walaupun laptop ini dibawa masuk ke pasaran tempatan, untuk membeli laptop ini, anda akan perlu pra-tempah laptop ini melalui rakan penjual ASUS Malaysia, dan 12 pra-tempahan terawal akan menerima Epic 12 Bundle yang mengandungi sebuah fon kepala ASUS ROG Centurion 7.1, tetikus ASUS ROG Gladius II dan juga sepasang tiket VIP ke pusingan akhir acara ROG Masters International 2017 yang akan diadakan di KLCC pada bulan Disember kelak. Kesemua barangan di dalam bundle ini bernilai lebih dari RM2000.

Menurut pihak ASUS Malaysia lagi, pra-tempah untuk laptop gaming ASUS ROG Zephyrus bermula hari ini dan laptop tersebut akan hadir di pasaran tempatan pada penghujung bulan September nanti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Laptop ASUS Zephyrus Kini Boleh Dipra-tempah – Akan Hadir Pada Hujung Bulan September"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info