Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Karnival #MyDigitalMaker Akan Diadakan Pada 16-17 September Ini

Sejak tahun lepas selepas MDEC menukar jenama dari Malaysian Development Corporation kepada Malaysian Digital Economy Corporation, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan bagi melestarikan ekonomi dalam bentuk digital. Dalam memupuk usaha tersebut dikalangan golongan muda, MDEC telah mengadakan #MyDigitalMaker

Pergerakan mydigitalmaker adalah inisiatif MDEC dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (MoE) bagi mewujudkan penerbit digital di kalangan belia Malaysia dengan mengintegrasikan sains komputer dan pemikiran komputasi dalam kurikulum formal serta melalui pembelajaran tidak formal seperti Digital Maker Hub, Kembara #mydigitalmaker bersama PINTAR dan lain-lain.

Inisiatif ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato ‘Sri Najib Razak pada Ogos 2016. Melalui gerakan ini generasi muda akan didedahkan kepada kreativiti dan inovasi digital dengan mengintegrasikan sains komputer dan pemikiran komputasi ke dalam kurikulum sekolah formal. Ini akan dapat memperkasakan dan mengubah bakat menjadi tenaga kerja yang sedia berdepan dengan ekonomi digital.

Dengan gerakan #mydigitalmaker, pelajar akan mempelajari pengekodan (coding), pembangunan aplikasi, percetakan 3D, robot, pengaturcaraan terbenam (embedded programming) dan analisis data; kesemuanya akan membantu mengukuhkan penyelesaian masalah dan kreativiti di kalangan generasi masa depan kita.

Pada akhir minggu ini, kembara #MyDigitalMaker akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center selama dua hari iaitu 16-17 September 2017, dimana pengunjung boleh melihat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, disamping mengetahui teknologi terkini yang dipamerkan seperti Realiti-Maya dan juga Internet of Things dan lain-lain seperti berikut.

  • Bengkel Mekanikal dan Rekacipta (Young Innovators Challenge, Arus Academy, 4×4 In Schools, dan Chumbaka)
  • Robotik (Rero, Creative Robotics, dan Centillion)
  • Pengaturcaraan (Kidocode dan Myduino)
  • Percetakan 3D (Vagler dan Kaki DIY)
  • Dron (Tinker & Invent)
  • Realiti-Maya (EXA Global dan Blinkware)
  • Dunia Permainan dan Animasi (Streamline Studios, Les Copaque, dan LEVEL UP KL)
  • Reruai khas MDEC bagi Digital Ninjas, MDEC Gallery dan Digital Maker Hub

Selain dari itu, di karnival berkenaan terdapat seminar kerjaya dan perbincangan yang tidak harus dilepaskan seperti

  • Streamline Studios, IBM, EXA Global, Amazon, dan ADAX
  • Sesi perkongsian oleh #mydigitalmaker Digital Ninjas mereka akan membentang projek mereka mengikut konsep ‘Shark Tank’.
  • Perbincangan bersama ibubapa, guru dan pelajar mengenai kepentingan dalam menjadikan generasi celik digital.

Jadi hadirkan diri anda dan juga keluarga serta adik-adik ke acara ini.

Jangan lepas peluang ini. Hadir ke: MyDigitalMaker Fair

Penafian: Advertorial dari MDEC



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Karnival #MyDigitalMaker Akan Diadakan Pada 16-17 September Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info