Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kad Touch N’ Go Akan Digunakan Pada Semua Pengangkutan Awam Menjelang 2019

Di dalam dunia Lord of The Rings, The One Ring adalah raja segala cincin yang mengawal kesemua makhluk Middle Earth. Di Malaysia, Touch ‘N Go bakal menjadi satu-satunya kad pembayaran tambang pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2019. Ini adalah menurut laporan The Sun Daily yang memetik kenyataan yang diberikan Datuk Seri Nancy Shukri  yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setakat ini sistem perkhidmatan LRT dan MRT telah mula menggunakan Touch ‘n Go sebagai kad bayaran. KTM Komuter pula dijangka menyokongnya secara menyeluruh menjelang penghujung tahun. Implementasi kad pada bas dijangka akan berlaku sepenuhnya menjelang 2019. Ini adalah kerana sistem GPS perlu dipasang pada setiap bas bagi membolehkan bayaran tambang dikesan mengikut jarak perjalanan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kad Touch N’ Go Akan Digunakan Pada Semua Pengangkutan Awam Menjelang 2019"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info