Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gigabyte Melancarkan Kad Grafik Nvidia GeForce GTX 1080 Bersaiz Kompak

Kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080 ialah antara yang paling berkuasa di pasaran sekarang. Ia dengan mudah memaparkan grafik 4K pada tetapan melangkaui 60FPS apabila dipadankan dengan pemproses yang berkuasa. Bagi pemilik PC denga n kerangka Mini-ITX, selama ini neraka hanya boleh bermimpi menggunakan kad grafik ini.  Tetapi kini tidak lagi kerana Gigabyte akan memenuhi impian mereka.

Gigabyte GeForce GTX 1080 Mini ITX 8G ialah kad grafik berkuasa tetapi pada saiz yang lebih kecil. Ia hanya sepanjang 16.9cm dan adalah jauh lebih pendek berbanding 26.7cm pada kad grafik GTX 1080 yang lain. Sungguhpun kompak ia masih lagi mempunyai bergerak pada kelajuan 1607 MHz dengan 1733 MHz boost clock. Pada tetapan overclock ia befungsi pada kelajuan 1632 MHz base dengan 1771 MHz boost clock. Memori sebesar 8GB GDDR5X RAM disertakan.

Pilihan output pula ialah tiga DisplayPort 1.4, satu HDMI 2.0b dan satu DVI. Pengguna masih perlu menggunakan sumber kuasa 500 Watt dengan satu sambungan 8-pin. Gigabyte hanya menyertakan sistem penyejukan dengan kipas sebesar 90mm. Buat masa ini masih tiada maklumat tentang tarikh serta harga jualan untuk Gigabyte GeForce GTX 1080 Mini ITX 8G.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gigabyte Melancarkan Kad Grafik Nvidia GeForce GTX 1080 Bersaiz Kompak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info