Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone 5 Mungkin Dilancarkan Seawal Mac 2018

Asus pada tahun ini agak lambat sedikit dalam pengenalan Zenfone 4, sekaligus membuatkan mereka perlu bersaing dengan lebih sengit bersama pelbagai peranti baru yang hadir ke pasaran sepanjang September dan Oktober ini. Untuk versi seterusnya, kini ia dilaporkan Asus menyasarkan untuk memperkenalkannya sekitar Mac 2018 kelak.

Melalui laporan Digitimes, CEO Asus dipetik mengatakan mereka bakal memperkenalkan Zenfone 5 seawal Mac 2018 kelak.

Pada masa yang sama, Asus menyasarkan untuk menjadikan bahagian telefon pintar mereka antara pengeluar telefon pintar yang menghasilkan keuntungan pada peringkat global.

Buat masa ini, Asus sedang aktif mempromosikan Zenfone 4 Selfie Pro dan Zenfone 4 Selfie untuk pasaran tempatan. Beberapa peranti lain dibawah keluarga Zenfone 4 turut dijangka dipasarkan di Malaysia dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 5 Mungkin Dilancarkan Seawal Mac 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info