Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Anjing Di UK Dilatih Untuk Menghidu Storan Data Digital Yang Disorok

Penjenayah kini semakin maju dan menggunakan teknologi untuk memudahkan mereka melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang. Bagi memastikan penjenayah dapat diheret ke muka pengadilan, bukti kesalahan mereka diperlukan oleh pihak berkuasa. Tetapi bukti jenayah mungkin disorok di dalam pemacu ibu jari dan kad MikroSD. Oleh itu tugas mencarinya menjadi agak sukar.

Bagi memudahkan proses mencari bahan bukti digital ini, anjing di United Kingdom telah dilatih untuk menghidu pemacu ibu jari, kad MikroSd dan storan digital. Program ini masih lagi di peringkat percubaan dan sebenarnya dipelopori oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat. Dengan adanya anjing menghidu storan digital, kes penipuan atas talian, pengganas dan paling penting sekali pedofilia dapat diselesaikan. Malahan anjing mampu mengesan kewujudan storan digital yang disorok selepas polis manusia gagal mengesannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Anjing Di UK Dilatih Untuk Menghidu Storan Data Digital Yang Disorok"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info