Sembang Maniac

Sembang-sembang je

5 Perkara Menarik Dengan Nokia 8

Nokia kembali dengan garang tahun ini dan akhirnya Nokia 8, peranti utama mereka telah dilancarkan di Malaysia. Kemunculannya amat dinantikan kerana Nokia 6, 5 dan 3  yang dilancarkan sebelum ini tidak mempunyai spesifikasi yang tinggi. Berdasarkan respon pembaca Amanz, kami melihat ramai yang berminat untuk memiliki Nokia 8. Jadi apakah lima perkara yang kami gemari pada peranti ini? Berikut ialah lima perkara yang kami rasakan menarik oleh pengguna di Malaysia.

Baca Pandang Pertama: Nokia 8 – Flagship Berpatutan Dengan Snapdragon 835 Dan Dwi-Kamera Zeiss

1. Fungsi Kamera Bothie

Gambar swafoto ataupun lebih dikenali sebagai selfie dipopularkan sekitar 2010. Ia masih lagi popular sekarang kerana dipacu oleh media sosial. Mengambil gambar selfie adalah antara tabiat narsis mengikut pendapat ahli psikologi. Bagi mereka yang tidak narsis, Nokia 8 membolehkan anda mengambil gambar BOTHIE. Bothie ialah kemampuan mengambil gambar menggunakan kamera belakang dan selfie secara serentak. Tambahan lagi Nokia 8 menyokong penstriman ke Facebook Live menggunakan fungsi Bothie ini.

2. Harga Amat Kompetitif

Nokia 8Tahun ini harga peranti utama dengan spesifikasi terbaik sudah hampir mencecah RM4000. Hanya enam tahun yang lalu sebuah peranti utama dijual pada harga tidak melebihi RM2400. Ini menyebabkan peranti-peranti utama semakin sukar untuk dimiliki oleh kebanyakan pengguna. Nokia 8 dilancarkan semalam pada harga RM 2299. Ini adalah harga yang amat kompetitif dan hanya dapat dikalahkan oleh Xiaomi Mi 6 (RM 1899) yang mempunyai spesifikasi hampir setanding.

3. Android Asli

Hanya beberapa tahun yang lalu saya tergolong di dalam kumpulan yang kurang meminati Android Asli. Peranti Android Asli seperti Nexus 4 tidak dilengkapi fungsi tambahan seperti Multi Window, dwi-tap untuk menghidupkan skrin serta pelbagai lagi yang disertakan pada pelancar pihak ketiga seperti HTC Sense. Satu-satunya kelebihan Android Asli ialah kemaskini yang jauh lebih pantas berbanding pengeluar lain.

Selepas bertahun menggunakan Android, kami kini menyedari kemaskini pantas adalah perlu bagi memastikan tiada masalah kerentanan sekuriti. Android Asli kini jauh lebih stabil dan sudah mempunyai fungsi tambahan yang hampir setanding dengan pelancar pihak ketika. Rekaan antaramukanya juga kini jauh lebih minimalis, kemas dan terkini serta pada waktu yang sama selancar mentega.

Nokia 8 menggunakan Android Nougat 7.1.1 asli dan bakal menerima Android Oreo 8. Android Asli kini ialah pada hemat saya ialah antarmuka terbaik untuk Android dan sepatutnya menjadi standard pada peranti utama.

4. Rakaman Audio OZO 3 Dimensi

Dunia sebenar adalah tiga dimensi. Audio yang memasuki telinga kita juga menerjah dari 360 darjah. Kemampuan rakaman audio 3D spatial akan membuatkan rakaman video lebih hidup. Teknologo OZO Audio Nokia disertakan pada Nokia 8. Selain rakaman audio tiga dimensi yang lebih hidup, pengguna juga boleh melakukan pemfokusan sumber audio rakaman. Bunyi dari sumber lain boleh dipisahkan dari sumber audio yang diinginkan oleh pengguna.

5. Rekaan Lebih Kemas Dan Selesa

Nokia 8

Tiga peranti Android Nokia sebelum ini iaitu Nokia 6, 5 dan 3 mengekalkan rekaan premium yang menjadi trademark kepada jenama ini sejak turun temurun. Tetapi ia sedikit kurang selesa dipegang kerana sisi yang masih berkotak. Dengan Nokia 8 rekaan diperhalusi dan kini mempunyai sisi dan panel belakang yang melengkung. Ini menambahkan keselesaan memegang peranti dan pada waktu yang sama lebih mengikuti trend rekaan semasa.

Panel belakang diperbuat daripada logam aluminium dengan kemasan yang tidak memerangkap kotoran dengan mudah. Rekan panel kaca amat popular sekarang tetapi hakikatnya ia memerangkap kotoran dengan terlalu mudah. Tambahan lagi panel kaca lebih mudah mengalami kerosakan sekiranya peranti terjatuh. Nokia menyedari peranti mereka mempunyai tradisi tahan lasak dan keputusan menggunakan panel logam pada bahagian belakang ini adalah tepat. Tidak seperti peranti HTC U11 dan Galaxy S8, membeli kerangka tahan lasak untuk mengelakkan panel belakang retak tidak mandatori.

Ia juga masih menyertakan bicu audio untuk fon kepala dan telinga berwayar. Kami sedar fon kepala Bluetooth semakin popular tetapi kualiti audio dari peranti ke fon kepala akan mengalami masalah kompresi sekaligus mengurangkan kualiti audio. Tidak banyak telefon pintar yang menyokong Bluetooth 5.0 dan LDAC yang membolehkan pentriman Bluetooth pada kualiti tertinggi. Oleh itu bicu audio buat masa ini masih lagi relevan walaupun ada syarikat yang mengatakan ia ketinggalan zaman


Baiklah ini sahaja lima perkara yang kami rasakan menarik pada Nokia 8. Kami yakin yang paling menarik perhatian ialah pada harganya yang lebih murah berbanding majoriti pesaing di pasaran. Sekiranya anda berminat melihat perbandingan spesifikasi. Sila ke pautan di bawah untuk perbandingan Nokia 8, OnePlus 5 dan Xiaomi Mi 6 yang ketiga-tiganya dijual pada harga di bawah RM 2500 sebuah.

Baca artikel Peranti Mana Lebih Berbaloi? – Perbandingan Nokia 8, OnePlus 5 dan Xiaomi Mi 6



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "5 Perkara Menarik Dengan Nokia 8"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info