Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Menambah Sokongan Permesejan Dalam Aplikasi Untuk Pemandu Dan Penumpang

Grab sebelum ini telah menambah ciri permesejan pada aplikasi mereka, sekaligus memudahkan para pemandu dan penumpang berinteraksi tanpa perlu menggunakan talian utama mereka. Hal ini amat membantu sekiranya anda ke luar negara dan ingin menggunakan perkhidmatan berkenaan – tetapi tidak ingin membayar harga yang tinggi untuk panggilan perayauan.

Terkini, Uber turut melakukan perkara sama pada aplikasi mereka.

Uber Mesej

Melalui integrasi ini, pemandu dan penumpang boleh berinteraksi ketika ingin mengambil penumpang ke sesuatu destinasi. Ia sekaligus menjimatkan wang daripada membayar SMS – selain membolehkan anda kekal berhubung walau berada dimana-mana tanpa risau mengenai kos perayauan.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini, dan anda perlu mengemaskini aplikasi Uber anda untuk mendapatkannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Menambah Sokongan Permesejan Dalam Aplikasi Untuk Pemandu Dan Penumpang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info