Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitch Untuk Desktop Kini Sedia Dimuat-Turn

Twitch telah menguji perisian desktop mereka dalam bentuk beta sejak beberapa bulan yang lepas. Hari ini, mereka secara rasminya telah melancarkan Twitch untuk desktop untuk semua, sekaligus membolehkan anda mengikuti komuniti dan penstriman Twitch terus di desktop.

Twitch Desktop Beta

Perisian desktop Twitch ini menawarkan pelbagai ciri-ciri seperti pada web, termasuk memudahkan anda mengikuti penstriman, bersembang dengan rakan-rakan, mengikuti komuniti dan sebagainya. Ia juga turut hadir dilengkapi sokongan panggilan suara dan video – sekaligus mendekatkan anda dengan rakan-rakan permainan yang lain.

Ini mungkin juga langkah pihak Amazon sebelum menawarkan kemudahan untuk membeli permainan terus pada perisian desktop – lebih kurang seperti Steam.

Bagi anda yang berminat dan aktif menggunakan Twitch, anda boleh memuat-turun Twitch untuk desktop hari ini, dan menggunakannya dalam mengikuti pelbagai kemaskini daripada Twitch.

Muat-Turun Twitch untuk Desktop



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitch Untuk Desktop Kini Sedia Dimuat-Turn"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info