Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tanda Harga CPU AMD Threadripper Di Malaysia Diperlihatkan – Bakal Mengoyak Dompet Anda Bermula RM3899

CPU HEDT terbaru daripada AMD, AMD Ryzen Threadripper merupakan salah satu cip pemprosesan komputer yang sangat ditunggu-tunggu oleh pembina komputer berkuasa dan juga para penggemar overclocking,

Terkini, sebuah laporan daripada Lowyat.Net telah menyatakan bahawa harga untuk dua daripada CPU Threadripper tersebut telah diumumkan untuk pasaran Malaysia, khususnya AMD Ryzen Threadripper 1950X dan juga AMD Ryzen Threadripper 1920X.

CPU AMD Ryzen Threadripper 1950X yang hadir dengan 16 teras dan 32 bebenang kuasa pada kelajuan asas 3.4GHz diberi tanda harga RM4799, manakala CPU AMD Ryzen Threadripper 1920X dengan 12 teras dan 24 bebenang kuasa dengan kelajuan asas 3.5GHz akan dijual untuk harga RM3899.

Jika dibandingkan dengan tanda harga untuk pasaran Amerika Syarikat, AMD Ryzen Threadripper 1950X dijual pada harga $999 (RM4287) dan AMD Ryzen Threadripper 1950X pada $799 (RM3430), tanda harga CPU-CPU ini lebih mahal untuk pasaran Malaysia mungkin kerana kos pengimportan.

Dalam pada itu, tanda harga untuk CPU Threadripper lain seperti AMD Ryzen Threadripper 1900X dan 1900 masih lagi belum diumumkan. Buat masa ini, kami masih belum pasti jika CPU-CPU tersebut akan dibawa masuk ke Malaysia ataupun tidak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tanda Harga CPU AMD Threadripper Di Malaysia Diperlihatkan – Bakal Mengoyak Dompet Anda Bermula RM3899"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info