Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sukan Olimpik 2024 Mungkin Akan Menyertakan Acara E-Sukan

Atlet e-sukan sering ditertawakan kerana dikatakan bukan atlet sebenar. Mereka tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat sebaliknya hanya jari tangan sahaja yang bergerak. Tetapi pada Olimpik 2024 ini mungkin berubah dengan Paris yang membida menjadi tuan rumah merancangkan untuk memasukkan acara e-sukan secara rasmi.

Ini ialah langkah yang pasti menimbulkan kontroversi di kalang peminat sukan tetapi akan disambut baik peminat e-sukan seluruh dunia. Akhirnya tiada lagi perbezaan “kasta” di antara sukan dan e-sukan di masa hadapan. Buat masa ini ia masih lagi kekal sebagai perancangan kerana senarai lengkap acara yang dipertandingkan untuk 2024 hanya akan diumumkan selepas Olimpik 2020 Tokyo.

Bayangkan pada tahun 2024 atlet e-sukan Malaysia bertanding untuk pingat emas di dalam suka FIFA, DoTA dan Overwatch.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sukan Olimpik 2024 Mungkin Akan Menyertakan Acara E-Sukan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info