Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spotify Membuang Muzik Kumpulan-Kumpulan Yang Mempromosikan Agenda Perkauman

Pasca insiden di Charlottesville minggu lalu, banyak syarikat mula melakukan langkah pro-aktif menarik sokongan ke atas kumpulan-kumpulan yang menyokong ketuanan orang putih. Laman web yang menyokong agenda perkauman terpaksa mencari host baru dalam masa 24 jam, Kini giliran Spotify pula melakukan perkara yang sama.

SpotifyLaman penstriman muzik ini telah membuang muzik dari kumpulan-kumpulan yang mempromosikan agenda perkauman. Tindakan ini diambil selepas laman Digital Music News melaporkan mereka menemui 37 kugiran yang menyebarkan agenda ketuanan orang putih di Spotify.

Menghalang kandungan seperti ini agak sukar kerana penggunaan ayat slanga untuk menghina kaum tertentu. Kesemua muzik juga perlu didengari sebelum dimuat naik. Ada yang merasakan tindakan ini sama seperti menghalang pindaan pertama perlembagaan Amerika Syarikat yang memberikan kebebasan bersuara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spotify Membuang Muzik Kumpulan-Kumpulan Yang Mempromosikan Agenda Perkauman"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info