Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sebanyak 105 Peranti Dari Koleksi Muzium Vertu Dilelong

Peranti berjenama adi-mewah Vertu menghentikan operasi bulan lalu. Walaupun peranti dijual pada harga puluhan ribu ringgit sebuah, syarikat ini mengalami kerugian yang tinggi. Aset syarikat kini dijual dan bagi yang berminat, sebanyak 105 peranti dari koleksi muzium Vertu kini boleh dimiliki.

Kesemua peranti yang terdiri daripada peranti yang pernah dihasilkan dan prototaip akan dilelong. Harga bidaan koleksi ini bermula dari £20,000 (~RM 112000) Ini sebenarnya harga yang amat murah kerana harga sebuah peranti Vertu edisi terhad ada yang dijual pada harga lebih tinggi.

Bagi mereka yang mempunyai duit lebih dan mahu memiliki kesemua peranti yang pernah dihasilkan Vertu, inilah pelung keemasan bagi anda. Lelongan akan ditutup esok.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sebanyak 105 Peranti Dari Koleksi Muzium Vertu Dilelong"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info