Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Dan Spesifikasi Empat Peranti Asus Zenfone 4 Tertiris

Asus akan mengadakan acara khas pada 17 Ogos hadapan bagi melancarkan beberapa peranti Zenfone 4. Laman rasmi mereka telah meniriskan empat buah peranti lebih awal. Peranti-peranti yang tertiris adalah Asus ZenFone 4, Asus ZenFone 4 Selfie Pro, Asus ZenFone 4 Selfie dan Asus ZenFone 4 Max.

Kita mulakan terlebih dahulu dengan Asus Zenfone 4. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5: AMOLED HD penuh, pemproses Snapdragon 630/ Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan storan 65GB. Sistem dwi-kamera digunakan pada bahagian belakang dengan gabungan sensor 12+8 Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang dijual pada harga bermula €499 (~RM 2524).

 

ZenFone 4 Selfie Pro pula dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED HD penuh, pemproses Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Kerana ia sebuah peranti yang mementingkan kemampuan selfie, Zenfone 4 Selfie Pro dilengkapi dwi-kamera hadapan 24+5 Megapixel. Bateri yang disertakan agak kecil iaitu hanya 3000 mAh. Peranti ini akan dijual pada harga €399  (~RM 2018).

ZenFone 4 Selfie dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED HD, pemproses Snapdragon 430, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Kerana ia sebuah peranti yang mementingkan kemampuan selfie, Zenfone 4 Selfie  dilengkapi dwi-kamera hadapan 20+8 Megapixel. Bateri 3000 mAh disertakan. Peranti ini akan dijual pada harga €299 (~RM 1512).

 

Akhir sekali ialah ZenFone 4 Max yang dilengkapi skrin 5.2″ IPS HD, pemproses Snapdragon 425, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Sistem dwi-kamera 13+5 Megapixel digunakan pada bahagian belakang. Sebuah bateri sebesar 4100 mAh disertakan pada peranti yang dijual pada harga €229 i(~RM 1158) ini.

Zenfone 4 Max di atas berbeza dari Zenfone 4 Max yang dilancarkan di Russia sebelum. Perbezaan terletak pada pemproses dan bateri lebih besar pada model di Russia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Dan Spesifikasi Empat Peranti Asus Zenfone 4 Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info