Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan oBike Ditawarkan Di Bukit Bintang – Memudahkan Orang Awam Berbasikal Di Ibu Kota

Perkhidamatan oBike telah dilancarkan di Malaysia pada April lalu dengan menawarkan perkhidmatan sewaan basikal berasaskan aplikasi telefon pintar. Ia sebelum ini telah mula ditawarkan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, seperti Sunway City, Damansara Perdana, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Cyberjaya, dan Petaling Jaya. Bagi memperluaskan penawaran mereka, perkhidmatan ini telah sedia dinikmati di Bukit Bintang, iaitu salah satu lokasi popular untuk membeli-belah di Kuala Lumpur.

Perkhidmatan ini telah mula dilihat berada di beberapa kawasan utama di sekitar Bukit Bintang, seperti di Pintu D MRT Bukit Bintang, di tepi stesen monorail Bukit Bintang, dan berhampiran dengan kedai minuman Tealive yang berada di Lot 10. Dengan penyertaan Bukit Bintang sebagai kawasan penawaran basikal ini, ia akan lebih digunaka oleh orang ramai dengan lebih lagi, selain memberi “brand awareness” untuk perkhidmatan oBike sendiri atas lokasinya yang ramai dikunjungi.

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi oBike di App Store atau Play Store, dan kemudian, daftar dan log masuk akaun oBike.

Bagi pengguna kali pertama, perkhidmatan oBike ini memerlukan anda memasukkan deposit sebanyak RM129 untuk dewasa dan RM79 untuk pelajar. Bayaran deposit ini akan kekal berada di dalam akaun anda, walaupun anda telah menamatkan aktiviti berbasikal pada satu sesi. Bermakna, anda tidak perlu memasukkan deposit baru setiap kali anda ingin menggunakan perkhidmatan ini.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kembali deposit ini, anda hanya perlu pergi ke aplikasi oBike > My Wallet > dan klik pada “Refund Deposit”. Proses pengembalian deposit ini akan mengambil masa sekitar 1-30 hari untuk dimasukkan ke akaun anda. Proses pengembalian wang ini walau bagaimanapun hanya ditawarkan percuma untuk kali pertama, dan dikenakan caj tambahan sekiranya anda menggunakan fungsi refund untuk kali kedua dan ke atas.

Harga untuk sewaan basikal pula ditawarkan berasaskan blok masa, dengan harga serendah RM1 untuk 15 minit. Bermakna, sekiranya anda berbasikal sekitar 35 minit, anda dikenakan bayaran sebanyak RM3 mengikut blok masa RM1/15 minit. Sebagai perbandingan, anda akan dikenakan bayaran RM4 untuk penggunaan sekitar 60 minit atau 1 jam.

Selepas membuat proses pendaftaran dan pembayaran, anda hanya perlu mengimbas QR Code yang tertera di basikal, dan kemudian, basikal tersebut akan dinyahkunci secara automatik melalui kunci yang sedia terpasang pada tayar basikal. Untuk menamatkan sesi berbasikal pula, anda hanya perlu meletakkan basikal tersebut di mana-mana tempat yang sesuai untuk meletakkan basikal. Lokasi terakhir basikal tersebut kemudiannya akan dimanfaatkan untuk pengguna lain yang mungkin berada pada sekitar lokasi tersebut.

Bagi tujuan keselamatan, setiap basikal yang digunakan dilindungi dengan insurans, sekiranya terdapat kemalangan ketika menunggang basikal ini. Dengan kunci keselamatan automatik dan sistem penjejakkan berasaskan GPS, basikal ini juga mengurangkan risiko untuk dicuri, sekiranya anda risau tentang lokasi untuk meletakkan basikal ini.

Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan basikal ini di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh berkunjung ke Bukit Bintang atau melihat sendiri lokasinya melalui aplikasi oBike, dan menikmati kemudahan sewaan basikal berasaskan aplikasi ini.

Layari : oBike



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan oBike Ditawarkan Di Bukit Bintang – Memudahkan Orang Awam Berbasikal Di Ibu Kota"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info