Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Mewah 8848 M4 Dilancarkan Di China Dengan Kerangka Titanium

Syarikat Vertu terkenal dengan peranti-peranti adi mewah yang mensasarkan golongan elit. Malang sekali syarikat ini telah berkubur selepas menanggung kerugian yang tinggi tahun demi tahun dan aset seperti koleksi jam mereka telah dilelong. Di China pasaran untuk peranti eksotik masih wujud. Oleh itu peranti 8848 M4 telah dilancarkan hari ini.

8848 M4 ialah peranti yang dilengkapi skrin 5.15″ kad nilam HD penuh, pemproses Snapdragon 820, memori sebesar 6GB RAM dan storan 128/256 GB. Kamera utama pada bahagian belakang sebesar 23-Megapixel manakala kamera selfie pula sebesar 13-Megapixel. Bateri sebesar 3200 mAh pula membekalkan kuasa.Peranti ini menggunakan Android 7.1.1 dan turut dilengkapi pengimbas cap jari.

Rekaan peranti lebih menyerupai jam mewah dengan butang kuasa dan suara dalam bentuk tombol jam. Pembeli boleh memilih rekaan panel belakang yang turut menyamai rekanan jam tangan mekanikal mewah. Selain daripada itu kerangka titanium dan gentian karbon yang digunakan memastikan peranti tahan lasak. Pilihan kemasan kulit ular dan buaya turut ditawarkan bersama saduran emas merah jambu.

Model asas 8848 M4 dijual pada harga RMB 12999 (RM 8365) manakala edisi saduran emas merah jambu dan storan 256GB dijual pada harga RMB 15999 (~RM 10296). Harga jualan yang amat tinggi selari dengan nama syarikat 8848 yang merupakan ketinggian Gunung Everest.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Peranti Mewah 8848 M4 Dilancarkan Di China Dengan Kerangka Titanium"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info