Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pembangunan Sistem Autonomi Apple Tidak Terhad Hanya Pada Kereta Swapandu

Pembangunan sistem swapandu kenderaan nampaknya bukan satu-satunya fokus Apple selepas pembangunan Apple Car ditangguhkan. Di dalam acara pertemuan bersama pelabur yang dilakukan serentak dengan pengumuman penyata kewangan suku ke-tiga 2017, Tim Cook berkongsi maklumat baru mengenai sistem autonomi Apple.

Apple HomeKit

Beliau dipetik berkata sistem autonomi boleh digunakan dalam pelbagai cara dengan swapandu adalah salah satu daripadanya. Namun terdapat banyak lagi lapangan berbeza dan beliau tidak ingin berkongsi dengan lebih lebar buat masa ini.

Beberapa ramalan boleh dilakukan berdasarkan kenyataan Tim Cook ini,. Dengan wujudnya HomeKit, sistem automasi mungkin telah dibangunkan bagi menjadikan rumah lebih pintar dengan menggunakan kecerdasan buatan. Implementasi awal mungkin bakal ditemui pada HomePod. Tim Cook tidak mahu berkongsi perancangan sebenar Apple bagi mengelakkan idea mereka dicuri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pembangunan Sistem Autonomi Apple Tidak Terhad Hanya Pada Kereta Swapandu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info