Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Organ Khinzir Untuk Kegunaan Manusia Mungkin Berlaku Seawal 2019

Di Amerika Syarikat sahaja 22 individu meninggal dunia kerana gagal menemui penderma organ. Masalah ini sudah berlarutan berdekad lamanya dan di Malaysia kerajaan melakukan kempen menderma organ secara meluas. Antara jalan penyelesaian yang sedang dibangunkan ialah menggunakan organ khinzir sebagai ganti organ manusia. Kami telah melaporkan tentang teknologi ini pada tahun 2015.

Penggunaan organ khinzir sebagai analog organ manusia semakin hampir menjadi realiti dengan kejayaan ujian suntingan DNA. Para penyelidik kini mensasarkan ujian sebenar dilakukan seawal 2019. Organ yang menjadi sasaran jangka pendek saintis ialah jantung, hati dan ginjal kerana ia paling diperlukan.

Sistem suntingan gen CRISPR–Cas9 digunakan bagi menyahaktifkan 25 virus yang hanya menyerang khinzir. Antara masalah penggunaan organ khinzir ialah bahaya penerima organ boleh diserang virus yang sebelum ini hanya ditemui pada khinzir.

Kejayaan oleh saintis dari eGenesis ini dilihat sebagai sebuah lagi langkah besar yang akan menyelesaikan masalah kekurangan penderma organ di masa hadapan.

Mengapa khinzir dan bukan haiwan lain? Ini soalan yang kerap didengari. Khinzir mempunyai saiz organ yang hampir sama dengan manusia. Haiwan mughallazah ini turut membiak dengan amat pantas. Organ dari khinzir berusia hanya empat bulan boleh “dituai” untuk kegunaan manusia.

Langkah seterusnya ialah melihat kesan jangka panjang menggunakan organ khinzir yang telah disunting DNAnya dan penolakan oleh tubuh penerima. Penggunaan CRISPR–Cas9 dipercayai boleh meningkatkan risiko kanser. Kerana teknologi ini masih baru, kesan jangka panjang masih belum diketahui.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Organ Khinzir Untuk Kegunaan Manusia Mungkin Berlaku Seawal 2019"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info