Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo R11 FC Barcelona Edition Dilancarkan Dengan Kemasan Emas Tulen

“Mes Que Un Club” ialah motto kelab bola sepak ternama dunia FC Barcelona. Kelab dari daerah Catalan ini terkenal kerana kehebatan pemain di atas padang seperti Lionel Messi, Ronaldo, Johan Cryuff dan Patrick Kluivert. Pelbagai produk dijual dengan logo kelab. Terkini, Oppo R11 FC Barcelona Edition telah dilancarkan di China.

 Oppo R11 FC Barcelona Edition ini hadir dalam warna rasmi kelab iaitu biru dan merah. Pada bahagian belakang logo FC Barcelona yang diperbuat daripada emas 18K disertakan. Peranti edisi terhad ini dijual pada harga RMB 3499 (~RM 2253) sebuah. Ini menjadi R11 ini mes que un telĂ©fono.

Oppo R11 hadir dengan skrin bersaiz 5.5″ HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 256 GB. Untuk rakaman gambar, Oppo R11 dilengkapi dwi-kamera belakang yang menggabungkan lensa 20-megapixel (f/2.6) dan juga 16-megapixel (f/.7).

Pada bahagian hadapan pula, Oppo R11 menggunakan kamera 20-megapixel f/2.0. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri 3000mAh yang menyokong format pengecasan pantas VOOC melalui port MikroUSB. Sebuah bicu audio 3.5mm disertakan pada bahagian bawah bagi mereka yang masih belum bersedia untuk berhijrah ke kehidupan tanpa wayar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo R11 FC Barcelona Edition Dilancarkan Dengan Kemasan Emas Tulen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info