Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NVIDIA Memperkenalkan Cangkerang Luaran Untuk Kad Grafik Titan Xp Dan Quadro

Cangkerang luaran untuk kad grafik bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat-syarikat seperti Lenovo, Razer dan MSI sudahpun melancarkan cangkerang tersebut untuk kad-kad grafik seperti NVIDIA GTX 1070 dan 1080 sebelum ini, tetapi kini pihak NVIDIA nampaknya baru sahaja mengumumkan siri cangkerang baru yang boleh digunakan dengan kad-kad grafik NVIDIA GTX Titan Xp dan juga NVIDIA Quadro.

NVIDIA dikatakan akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat pembuat aksesori komputer seperti Bizon, Magma dan Sonnet untuk mereka cangkerang-cangkerang yang boleh memuatkan kad-kad grafik siri profesional NVIDIA tersebut.

Menurut Bob Pette, NVIDIA VP For Product Visualization, komputer-komputer yang digunakan oleh pereka-pereka dan editor profesional kini sudah semakin kecil dan nipis, tetapi teknologi grafik yang diperlukan untuk mengolah visual dan sebagainya masih belum lagi sampai di tahap yang sama buat masa kini.

Dengan cangkerang-cangkerang grafik ini, para pengguna profesional ini masih lagi boleh menggunakan laptop-laptop yang nipis mereka untuk melakukan tugas-tugas mereka dan bergantung kepada kad-kad Titan Xp dan Quadro untuk melakukan tugas-tugas pengolahan tanpa sebarang masalah.

Pihak NVIDIA mensasarkan untuk cangkerang-cangkerang dengan kad grafik NVIDIA GTX Titan Xp dan Quadro ini untuk hadir pada bulan September kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "NVIDIA Memperkenalkan Cangkerang Luaran Untuk Kad Grafik Titan Xp Dan Quadro"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info