Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mungkinkah Galaxy Note 8 Berharga RM3999 Di Malaysia?

Samsung Galaxy Note 8 telah dilancarkan secara rasmi pada minggu ini, dan pada acara berkenaan, pihak Samsung telah mengatakan yang mana Galaxy Note 8 akan boleh dipra-tempah di Malaysia bermula 5 September kelak.

Kini, lanjutan daripadanya, sebuah gambar baru hadir tertiris ke arena web daripada MDroid, memperlihatkan sebuah helaian promosi untuk Galaxy Note 8 akan datang.

Galaxy Note 8

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana Galaxy Note 8 akan ditawarkan pada harga jualan RM3999 di Malaysia. Tetapi, bagi anda yang membuat pra-tempahan, anda akan mendapat sejumlah ganjaran – termasuk rebat tunai sebanyak RM321, perlindungan tambahan Samsung, sebuah powerbank dan juga pelindung skrin.

Pihak Samsung tidak mengesahkan perkara ini buat masa ini, dan semestinya kita perlu nantikan pengumuman rasmi menjelang pra-tempahan kelak. Tetapi sekiranya ketirisan ini adalah tepat, maka kita mungkin akan dapat melihat ia dijual pada harga RM3999, tetapi untuk mereka yang membuat pra-tempahan anda boleh dapatkannya pada nilai RM3678 (apabila ditolak dengan rebat tunai).

Jadi, bagi anda, apa kata anda mengenai ketirisan ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mungkinkah Galaxy Note 8 Berharga RM3999 Di Malaysia?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info