Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Kini Menawarkan Panggilan Suara Tanpa Had Untuk Semua Pakej Jalur Lebar Maxis Home

Maxis kini telah mengemaskini penawaran pakej MaxisONE Home dan juga MaxisONE Basic, terutamanya memfokuskan kepada pakej 30Mbps dan juga 10Mbps.

Bagi para pengguna baru, kini anda akan turut menerima panggilan percuma tanpa had ke talian tetap dan mudah-alih bagi langganan pakej 10Mbps pada harga RM139.

Untuk pakej 30Mbps, ia tidak lagi dibahagikan kepada dua seperti sebelumnya, tetapi disatukan dibawah pakej berharga RM179, dan turut hadir bersama panggilan suara percuma ke talian tetap dan mudah-alih.

Maxis Home

Maxis turut menjanjikan kadar muat-naik dan turun yang sama – berbeza dengan Unifi yang menawarkan pakej muat-naik sedikit perlahan berbanding dengan muat-turun.

Pada masa yang sama, pihak Maxis turut dilihat telah mengemaskini penawaran penggunaan perkhidmatan P2P dibawah rangkaian mereka. Menurut terma, Maxis akan mengurangkan kelajuan trafik P2P antara pukul 8 malam hingga 2 pagi setiap hari untuk semua.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Kini Menawarkan Panggilan Suara Tanpa Had Untuk Semua Pakej Jalur Lebar Maxis Home"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info