Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mahkamah Menolak Permohonan Apple Untuk Mengenepikan Saman Berkenaan Facetime Gagal Berfungsi Di iOS6

Mahkamah di California telah menolak permohonan Apple untuk mengenepikan saman berkenaan Facetime yang gagal berfungsi di iOS6. Februari lalu Christina Grace dan Ken Patter, dua orang pemilik iPhone 4 bertindak menyaman Apple kerana didakwa sengaja membuatkan Facetime gagal berfungsi sekiranya pengguna tidak mengemaskini ke iOS7.  Saman difailkan di bawah undang-undang persaingan tidak sihat California.

Menurut mereka Apple memaksa pengguna untuk berpindah ke iOS7 walaupun ia menyebabkan iPhone 4 gagal berfungsi dengan lancar,  masalah selular dan WiFi selepas melakukan kemaskini. Ini menurut plaintif adalah tindakan untuk menjimatkan kos operasi Apple yang menyebabkan pengguna menjadi mangsa.

Sedikit latar belakang mengenai kes ini. Apple telah berjaya disaman oleh VirnetX kerana menggunakan paten perhubungan dua hala mereka di Facetime tanpa kebenaran. Ini memaksa Apple menggunakan sistem server milik Akamai Technologies. Akibatnya Apple perlu membayar sebanyak $50 Juta setahun untuk menyokong sistem Facetime ini.

Bagi mengelakkan bayaran kepada Akamai Technologies, sebuah lagi sistem baru diperkenalkan dengan kemaskini iOS 7. Ini sekaligus menjimatkan kos operasi Apple tetapi pengguna yang masih menggunakan iOS6 melaporkan masalah gangguan perkhidmatan.

Kes saman ini akan diteruskan dan sekiranya berjaya, Apple perlu memberi ganti rugi kepada kesemua pemilik iPhone 4  dan 4S yang masih menggunakan iOS6 sehingga 16 April 2014.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mahkamah Menolak Permohonan Apple Untuk Mengenepikan Saman Berkenaan Facetime Gagal Berfungsi Di iOS6"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info