Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kajian Forrester Menunjukkan Sektor Kewangan Dan Perbankan Malaysia Perlahan Dalam Menggunakan Polisi Digital

Konsep Fintech (teknologi kewangan) sudahpun bertapak di arena digital untuk beberapa tahun, dan jika dilihat, ada banyak syarikat kewangan digital yang dibuka yang kini sudahpun mengambil-alih banyak tugas-tugas perbankan yang lebih tradisional kebelakangan ini.

Dikatakan lapan peratus pusat-pusat perbankan sudahpun ditutup di sekitar Amerika Syarikat, dan jumlah tersebut bakal meningkat ke 20 peratus dalam lingkungan lima tahun akan datang. Ini adalah kerana di negara tersebut, banyak tugas-tugas perbankan boleh dilakukan diatas talian, dan tidak memerlukan institusi fizikal lagi.

Di Malaysia, Fintech bukanlah sesuatu yang baru. Kita dapat melihat beberapa contoh syarikat yang merevolusikan sektor kewangan negara dengan memperkenalkan cara-cara pembayaran terbaru, termasuklah PayWave dan Pin & Pay, dimana anda tidak lagi perlu menggunakan tandatangan untuk mengesahkan pembayaran kad anda.

Akan tetapi, sebuah laporan dari Forrester bertajuk “Ensuring Agility And Trust In A Rapidly Changing Business Environment” yang dibiayai oleh Microsoft menunjukkan bahawa masih banyak lagi institusi-institusi perbankan dan kewangan di Malaysia yang masih belum lagi memanfaatkan infrastruktur kewangan digital yang sedang berkembang pesat di negara dan rantau ini.

Menurut Fred Giron, seorang penganalisa dari Forrester, syarikat-syarikat ini bukan tidak mahu mengimplimentasi teknologi digital dan awanan, tetapi mereka dikatakan sekadar melihat dan menunggu pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan penyata jelas yang menunjukkan bahawa mereka boleh menggunakan teknologi-teknologi tersebut.

Fred Giron berkata bahawa syarikat-syarikat ini tidak perlu menunggu sebarang arahan dari BNM, kerana tugas badan tersebut hanyalah untuk memastikan penggunaan teknologi-teknologi ini adalah selamat untuk memastikan maklumat pelanggan tidak tertiris ke mana-mana pihak yang berniat jahat.

Kata beliau lagi, syarikat-syarikat yang ingin memanfaatkan teknologi awanan ini juga haruslah memahami pelbagai aspek implementasi tersebut, kerana semua pekerja-pekerja syarikat tersebut harus memahami sistem yang baru ini supaya ia dapat memanfaatkan mereka secara berkesan.

Akan tetapi, kemahuan untuk menggunakan perisian awanan dan sistem digital semakin meningkat dalam kalangan syarikat-syarikat ini, dan ini dapat dilihat dari bank-bank seperti CIMB dan Maybank yang baru sahaja mengumumkan kerjasama bersama-sama Alipay dan juga HongLeong Bank yang mengemaskini aplikasi mereka dengan kemudahan perbankan melalui sistem permesejan.

Untuk memudahkan lagi tugas institusi-institusi kewangan ini bergerak kearah sistem digital, Microsoft Malaysia menyediakan sebuah panduan yang mudah untuk menggunakan perisian awanan seperti Office 365 di dalam syarikat mereka, dan juga bagaimana untuk mendapatkan pengesahan daripada BNM untuk mengimplimentasi sistem tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kajian Forrester Menunjukkan Sektor Kewangan Dan Perbankan Malaysia Perlahan Dalam Menggunakan Polisi Digital"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info