Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jaybird Kini Di Malaysia – Hadir Dengan Fon Telinga Jaybird X3 Dan Jaybird Freedom Untuk Penggemar Aktiviti Lasak

Tahun lalu, syarikat pembuat aksesori komputer Logitech membeli Jaybird, sebuah syarikat pembuat fon kepala yang khusus untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif.

Hari ini, Logitech Malaysia mengumumkan bahawa jenama Jaybird sudahpun hadir di pasaran Malaysia, dan akan membawa masuk dua aksesori terbaru mereka, iaitu fon kepala Jaybird X3 dan juga Jaybird Freedom, khusus untuk digunakan apabila anda sedang melakukan aktiviti lasak dan sukan.

Jaybird X3 mempunyai rekaan premium yang menggabungkan cangkerang plastik berkualiti tinggi dengan corak logo Jaybird yang diperbuat daripada besi. Ia menggunakan driver bersaiz 6mm yang berkuasa tinggi yang membolehkan fon telinga Jaybird X3 ini muat dengan selesa diatas telinga anda, walaupun anda sedang memakai topi keledar dan memberikan anda kualiti audio yang cukup bagus..

Fon telinga X3 ini juga hadir dengan sebuah bateri dengan jangka-hayat 8 jam apabila dicas dengan penuh. Melalui aplikasi Jaybird MySound yang boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store, anda boleh mengubahsuai tetapan bunyi fon telinga Jaybird X3, dan tetapan tersebut akan disimpan di dalam fon telinga. Ia juga hadir dengan sambungan tanpa-wayar Bluetooth 4.1, dan ini bermakna anda boleh memadankan fon telinga ini kepada dua peranti media pada masa yang sama.

Jaybird Freedom pula hadir dengan rekaan yang lebih kecil. Ia direka khusus untuk pengguna-pengguna yang mempunyai gaya hidup yang aktif, dan mahukan sesuatu yang boleh membuatkan mereka kelihatan bergaya.

Fon telinga Jaybird Freedom mempunyai bateri dengan daya ketahanan empat jam, dan juga hadir dengan sebuah pengecas mudah-alih yang boleh diklipkan kepada butang pengawal audio dan suara untuk memberikan fon telinga tersebut jangka-hayat selama lapan jam. Ia juga boleh dipadankan dengan aplikasi Jaybird untuk mengubah dan menetapkan tetapan bunyi fon telinga anda.

Kedua-dua fon telinga Jaybird X3 dan Freedom juga hadir dengan ciri kalis peluh untuk mengelakkan peluh daripada merosakkan komponen-komponen di dalam fon-fon telinga ini.

Dari segi pilihan warna, pengguna mempunyai beberapa pilihan untuk kedua-dua peranti ini, termasuklah Blackout (Hitam), Sparta (Putih), Roadrash (Merah) dan juga Alpha (Hijau) untuk Jaybird X3. Bagi Jaybird Freedom pula, pilihan warna termasuklah Carbon (Hitam), Gold (Emas), Blaze (Merah) dan Ocean (Biru).

Menurut jurucakap Jaybird, fon telinga Jaybird X3 dan Jaybird Freedom ini sudah mula dijual di kedai-kedai pengedar dan juga laman web membeli-belah Lazada. Jaybird X3 hadir pada harga RM669, manakala Jaybird Freedom pula dijual pada harga RM699.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jaybird Kini Di Malaysia – Hadir Dengan Fon Telinga Jaybird X3 Dan Jaybird Freedom Untuk Penggemar Aktiviti Lasak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info