Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Akan Menguji Sekitar 100 Kenderaan Swapandu Di Jalan Raya Tahun Ini

Arena swapandu sangat popular pada masa kini, disertai sejumlah syarikat teknologi, termasuk Intel sendiri. Intel sebelum ini telah mengumumkan pengambil-alihan Mobileye. Memandangkan proses pengambil-alihan Mobileye kini telah pun selesai, pihak Intel turut mengambil peluang untuk berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka.

Menurut Intel, mereka akan menguji lebih 100 kenderaan swapandu di atas jalan raya pada tahun ini. 100 kenderaan ini akan terdiri daripada pelbagai jenama dan juga jenis kenderaan – sekaligus lebih memfokuskan kepada penggunaan teknologi yang diimiliki oleh Intel.

Intel mengatakan mereka akan menguji teknologi swapandu tahap 4 yang mana merupakan tahap kedua tertinggi dalam arena pemanduan automatik – sekaligus membolehkan ia membuat pelbagai pilihan kritikal melaluinya. Intel akan menguji ia di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Israel.

Dengan perkembangan ini, kita mungkin dapat melihat persaingan sihat antara pembangun teknologi lain – termasuk Waymo yang dimiliki oleh Google.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Akan Menguji Sekitar 100 Kenderaan Swapandu Di Jalan Raya Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info