Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Humble Bundle Menawarkan Sejumlah Permainan Berbentuk Tekaria

Humble Bundle sedia popular dengan penawaran sejumlah permainan pada harga sangat rendah. Buat masa ini, mereka sedang menjalankan promosi permainan daripada Telltale dan juga Saints Row. Tidak ketinggalan adalah terkini mereka turut menambah permua dibawah Humble Mobile Bundle memfokuskan sejumlah permainan berbentuk tekaria (puzzle).

Humble Mobile Bundle

Humble Mobile Bundle Puzzles memfokuskan penawaran permainan untuk peranti Android. Pada sumbangan sekurang-kurangnya $1, anda akan menerima tiga permainan iaitu klocki, Hook, dan juga Zenge.

Menariknya, sekiranya anda membuat sumbangan melebihi $5, anda akan menerima permua Deus Ex Go, Human Resource Machine, dan juga Mini Metro.

Pada sumbangan harga purata, tiga lagi permua ditawarkan, iaitu Slayaway Camp, Concrete Jungle, dan juga A Good Snowman Is Hard to Build.

Kebanyakkan permua tekaria yang ditawarkan ini mempunyai ulasan yang tinggi daripada pengulas seluruh dunia. Mungkin bagi anda yang inginkan cabaran minda dan meminati permainan berbentuk tekaria, boleh mendapatkan sejumlah permua ini pada harga rendah melalui Humble Bundle.

Layari : Humble Mobile Bundle Puzzles



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Humble Bundle Menawarkan Sejumlah Permainan Berbentuk Tekaria"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info