Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC U11 Akan Menerima Kemaskini Bagi Menyokong Rakaman Video 60 FPS

HTC U11 ialah antara peranti yang menarik perhatian kami tahun ini kerana mempunyai fungsi tubuh yang boleh dipicit. Selain daripada itu ia juga dinobatkan sebagai peranti dengan kemampuan kamera yang terbaik menurut DXOMark. Kemampuan kamera HTC U11 akan dipertingkatkan lagi dengan kemaskini yang akan diberikan oleh pihak HTC.

Akaun rasmi HTC mengesahkan kemaskini seterusnya bakal memberikan fungsi rakaman 1080P pada tetapan 60 FPS. Sebelum ini ia hanya terhad kepada 30 FPS. Kemaskini akan diberikan secara beperingkat dalam masa dua bulan. Sebelum ini kemaskini telah diberikan bagi memudahkan proses kawalan dengan memicit tubuh peranti. Bagi pembaca yang berminat dengan U11, di bawah ialah pautan kepada ulasan penuh kami.

Baca Ulasan HTC U11 – Peranti Utama Berkuasa Dengan Tubuh Boleh Dipicit



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC U11 Akan Menerima Kemaskini Bagi Menyokong Rakaman Video 60 FPS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info