Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Harga Jualan Vivo V5 Plus Dengan Dwi-Kamera Hadapan Dikemaskini – Kini Berharga RM1499

Vivo Malaysia hari ini telah mengemaskini harga jualan Vivo V5 Plus – dimana peranti memfokuskan kepada sokongan selfie ini kini dijual pada harga RM1499 – berbanding sebelum ini yang berharga RM1799.

Vivo V5Plus

Vivo V5 Plus hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Menjadi fokus utama pada peranti bersaiz 5.5-inci ini adalah sokongan selfienya, dimana Vivo menggunakan dwi-kamera pada bahagian hadapan, iaitu gabungan 20-megapixel dan 8-megapixel. Ini sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar selfie yang sangat cantik berbanding sejumlah peranti lain di pasaran. Untuk rakaman kamera belakang pula, ia menggunakan kamera 16-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Vivo V5 Plus pada harga RM1499 hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Harga Jualan Vivo V5 Plus Dengan Dwi-Kamera Hadapan Dikemaskini – Kini Berharga RM1499"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info