Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Sedang Membangunkan Peranti Untuk Panggilan Video

Facebook sedang membangunkan sebuah peranti khusus untuk digunakan di rumah bagi tujuan panggilan video. Peranti ini akan menjadi peranti pertama daripada laman sosial berkenaan yang dibangunkan oleh bahagian eksperimental Building 8.

Peranti ini menawarkan skrin sebesar komputer riba, dan akan membuka ruangan kepada kategori produk yang baru. Facebook mungkin akan mengumumkannya pada acara F8 akan datang, menurut beberapa sumber terdekat. Skrin besar dan dengan integrasi teknologi kamera, ia akan membolehkan pengguna merasakan seumpama mereka berada dalam bilik sama ketika membuat panggilan video. Ini sekaligus selari dengan misi Facebook untuk mendekatkan pengguna satu sama lain.

Facebook Mark Zuckerberg

Selain daripada itu, gergasi media sosial ini turut sedang membangunkan sebuah produk lain – iaitu sebuah speaker pintar yang boleh bersaing dengan Amazon Echo dan Google Home. Kedua-duanya akan menjalankan sebuah perkhidmatan pembantu maya digital yang dibangunkan oleh Facebook.

Peranti ini semua kelak akan memperlihatkan cita-cita Facebook dalam fasa baru dibawah arena perkakasan. Buat masa ini, Facebook menawarkan perkakasan realiti-maya dibawah jenama Oculus – yang mana merupakan hasil daripada pengambil-alihan, dan bukannya dihasilkan sepenuhnya oleh mereka. Pada tahun lepas, Facebook telah menubuhkan Building 8 dalam usaha untuk membantu membangunkan peranti dan perkakasan yang terus membuatkan pengguna terikat dibawah ekosistem Facebook – seperti News Feed, Facebook Live, panggilan video dan sebagainya.

Facebook Live

Peranti untuk panggilan video yang sedang dibangunkan ini akan menyertakan kamera dengan lensa sudut-luas, mikrofon, dan speaker yang dilengkapi kecerdasan buatan. Peranti berkenaan yang sedang diuji kini membawa skrin bersaiz 13 ke 15-inci dengan sokongan skrin sentuh. Ia turut dikatakan Facebook sedang melihat kepada menggunakan variasi versi Android sebagai sistem operasi berbanding membangunkan sistem operasi mereka tersendiri.

Ia turut dikatakan yang mana Facebook sedang menguji kaedah yang membolehkan kamera secara automatik mengimbas pengguna, dan memfokuskan mereka.

Facebook dikatakan mungkin akan lebih memfokuskan kepada peranti panggilan video ini berbanding dengan speaker pintar.

Seperti biasa, pihak Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan perkara ini buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Sedang Membangunkan Peranti Untuk Panggilan Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info