Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Disney Akan Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Tersendiri – Bersaing Dengan Netflix

Disney hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan sebuah perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri – sekaligus membolehkan mereka bersaing dengan Netflix.

Disney turut mengatakan yang mana mereka kelak akan menamatkan penawaran kandungan eksklusif mereka pada Netflix. Disney dijangka akan menawarkan perkhidmatan penstriman vidoe ini pada 2019 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, Disney sedia mempunyai sejumlah kandungan filem dan siri-TV, termasuk yang popular seperti dibawah Marvel, Star Wars, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, untuk peringkat permulaan, ia hanya akan terhad untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada kandungan akan terus ditawarkan melalui Netflix untuk pasaran global atau sebaliknya.

Disamping untuk filem, Disney juga turut merancang untuk melancarkan perkhidmatan penstriman ESPN pada awal tahun hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Disney Akan Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Tersendiri – Bersaing Dengan Netflix"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info